Monday 2 March 2015

Promo Mac 2015 : ESP, Zinc Complex & Vitalea for Children.

Salam sejahtera buat readers.

Mac 2015 ni, Shaklee sekali lagi membuat offer product paling hot iaitu :


Mulai 1 April dah start GST, jadi kalau anda seorang peminat tegar ESP atau mana-mana produk lain by Shaklee dinasihatkan supaya terus membeli stok anda pada bulan ini sebelum April 2015. Sebab bila lepas GST nanti akan ada perubahan harga naik dalam RM3-RM4. Pastikan anda borong ESP sebab harga tengah promo tanpa GST. 

Tuesday 10 February 2015

Ostematrix

For this month promo adalah Ostematrix iaitu sumber magnesium untuk badan kita. Untuk penerangan yang lebih teliti, maka anda kenalah baca entry ni secara perlahan lahan sebab saya nak cerita pasal magnesium dan peranannya di dalam badan kita. 

1- Magnesium digunakan di dalak badan kita hampir dalam semua proses kimia didalam badan 
2- Proses penyerapan Magnesium membantu penyerapan kalsium untuk tulang serta gigi kita.
3- Magnesium juga menyeimbangkan impuls elektrik di dalam badan kita dalam menggerakkan      pottasium, sodium dan calsium di dalam sel badan.
4-Magnesium adalah sumber muscle relaxant dan boleh membantu pesakit asthma atau COPD Chronic Obstructive Pulmonary Disease.
5-Magnesium juga membantu penyerapan Insulin yang efektif jika anda adalah seorang diabetik.
6- Sebagai muscle relaxer juga, Magnesium digunakan untuk mengurangkan simptom PMS dan juga overuse muscle.

Oleh sebab itu, Ostematrix adalah satu supplement yang diperkenalkan Shaklee. 




Ia adalah didalam bentuk cablet yang mudah ditelan dan mencukupi untuk keperluan seharian. 
Selalunya apabila mengambil Ostematrix, saya mendapati otot cepat pulih jika sakit selepas berjalan lama dan juga ketika baru-baru bersenam. Ini adalah kerana kandungan Magnesium yang terdapat di dalam tablet Ostematrik membantu merilekskan otot-otot yang keras dalam badan saya (over-use). Selain daripada itu, saya juga mengambil Ostematrix apabila mendekati tarikh Period saya untuk mengurangkan kesakitan Period Pain. Well, semua kawan-kawan memang tahu saya kalau period memang tak dapat dipisahkan dengan tilam dan bantal. Tapi sejak menggunakan Ostematrix saya tak perlu lagi baring menehan kesakitan senggugut. Dan saya x perlu ambil MC untuk kerja. I like this product very much. Dan yang penting sekali Ostematrix ni dapat memberi kita tidur yang berkualiti tau kalau kita ambil sebelah malam sebelum tidur. Hanya 4 biji sahaja!

Harga : RM 61
Kandungan : 120 caplet (cukup untuk sebulan)
Cara makan : 4 biji sehari sebelum tidur

Jadi, anda hanya berbelanja RM2.03 untuk sehari untuk kesihatan otot-otot anda. :-)





Promo Februari 2015 : Ostematrix, Vitalea & Advanced Joint Helath Tablet AJHT

Agak terlambat untuk war-warkan Promosi pada bulan Februari 2015 ni adalah:

Ostematrix beli 6 PERCUMA 1. (RM 49 x 6)
Vita Lea Iron Formula beli 6 PERCUMA 1 (RM 71 x 6)
Advanced Joint Health Tablet beli 3 PERCUMA 1 (RM99 x 3)

TADAA!!


Secara rinkasannya, Ostematrix adalah supplement kalsium baik untuk bantu kurangkan simptom PMS wanita seperti kembung perut, kejang, bengkak air dan kemurungan. 

Manakala Vitalea pula sesuai untuk multivitamin keluarga dalam membantu funsi normal penghadaman dan menambah selera makan bagi sesiapa yang ingin menambah berat badan (gain weight).

Last, Advanced Joint Health Tablet dapat membantu meningkatkan keselesaan sendi dan tulang serta menyokong pergerakan. Ni baru intro dan Insyaallah akan diperincikan lagi akan kebaikan serta effect Vitamin ni untuk rujukan kita bersama okayh. 

Till then,



Monday 26 January 2015

Shaklee Effect : Herb-Lax

Siapa lagi nak bagi testimoni if not diri sendiri kan? Sendiri guna haruslah sendiri ada kesan. Shaklee effect!

OK saya telah menggunakan Herb-Lax ni sejak Julai 2014 sebabnya kekadang ada masa saya akan sembelit dan kadar membuang adalah agak lama 3-4 hari dan keadaan ni selalunya ended-up with me getting migraine. Bukan sebab tak minum air masak or sayur-sayuran ye.

Efek this Herb-Lax boleh dikatakan okay walaupun saya bukan lah pengguna yang tegar berbanding alfalfa complex. Saya selalu ambil Herb-lax sebelah malam pada hari-hari yang makan lebih banyak daripada biasa contohnya kenduri atau raya atau balik kampung. Time ni mulut kita sumbat je apa yang boleh dah tu sampai terkejut perut nak digest. Yes this is happening to me bila balik kampung. So daripada menunggu berak sampai 3-4 hari, saya akan ambik Herb-lax 3 biji sebelah malamnya. Dan esoknya selepas 1 jam nagkit dari tidor, akan berlakulah proses membuang ini dengan jayanya tanpa sembelit dan kesakitan. Time ni kalau rasa dah nak berak tu, cari je jamban sebab ini memang tak boleh ditahan-tahan tapi bukan cirit ye Tuan Puan.

This product kiranya akan deep-cleasing usus dengan syarat kita kena minum banyak air masak untuk melawas kan segalanya. Jika tidak, proses lawas ini tidak akan berlaku dengan jayanya.

That is why selalunya Herb-Lax adalah vitamin yang melengkapi Set Kurus Premium Shaklee dimana ramai orang ambil Herbllax supaya tak nak bagi lelemak terkumpul di dalam badan sebaliknya menyingkirkan segala lelemak secara pantas.




So if sesiapa yang berminat untuk membeli produk ni, boleh menghubungi saya di :


Thursday 22 January 2015

Set Kurus : Alfalfa, Lecithin & ESP





Mahal ke?
Ada orang tanya, mahal ke nak beli set pengurusan berat badan Shaklee ni?
Set weight management yang saya cadangkan adalah terdiri dari:
  • 1. ESP – Harga Retail: RM 150.00
  • 2. Alfalfa Complex (S)- Harga Retail: RM 53.75 
  • 3. Lecithin – Harga Retail: RM 52.50
  • 4. Postage - Harga :RM10

Total Set : RM266.25
Haa…cuba bandingkan dengan weight management / slimming session.
Tapi berapa lama tahan ni?
Insya’Allah, paling kejap set ni bertahan adalah SEBULAN!
Eh iye ke?
Iyerrr..kerana had maksimum pengambilan setiap supplemen sudah dikira cukup sebulan minima.
Ini bermakna, anda hanya belanja RM 8.875 sen sehari untuk produk weight management dari Shaklee.
Lagipun set ini
- mudah
- tidak menghadkan pemakanan
- menyihatkan
- menyegarkan
- boleh diambil pada bila-bila masa
Untuk dapat harga sedara mara, yang lagi jimat jom order. hiks

Monday 19 January 2015

Set Jimat : Resdung

Resdung dan rakyat Malaysia takkan terpisah. Kerana penyakit ini memang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Rata-rata memang ada penyakit resdung atau lebih dekenali di hospital dengan nama SINUS.  Banyak mitos yang mengatakan resdung ni menyebabkan kita ada ulat dalam hidung la ada lipas la. Macam-macam stigma masyarakat kita ni. Padahal bukan ada saintifik yang membuktikan bahawa kita ada ulat resdung atau parasit dalam hidung dalam muka kita. Semua itu adalah mitos semata. 


Antara tanda-tanda seseorang boleh mengalami sakit resdung adalah:
  1. Hidung selalu tersumbat / runny nose 
  2. Terdapat lendir dari hidung sampai ke tekak
  3. Sakit atau berasa berat muka terutama di kawasan mata
  4. Sakit tekak yang berpanjangan
  5. Demam dan rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  6. Gejala alahan hidung seperti bersin dan gatal hidung
Punca resdung selalunya dari alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit dan kutu. Apabila mengalami alahan, daging di dalam hidung yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak, menyebabkan pergerakan udara tersumbat tidak dapat dikeluarkan. Kesannya akan meyebabkan kulat dan bakteria berkumpul di dalam kawasan itu dan membengkak dan sakit.

Struktur hidung yang tidak normal yang diakibatkan oleh retak tulang hidung, atau patah ketika kemalangan,  kecenderungan untuk menghidap sakit resdung adalah sangat tinggi.

Kerosakan gigi dibahagian atas juga boleh menyebabkan resdung kerana bakteria dan kuman yang berasal dari kawasan tersebut boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus. 

Selain itu, tabiat menyelam di sungai, laut atau kolam yang tercemar dan kotor juga adalah penyumbang kepada sakit resdung.


Cara mencegah resdung:
  1. Elakkan memelihara binatang berbulu di dalam rumah (kucing & arnab)
  2. Jangan menggunakan sarung bantal daripada bulu binatang
  3. Membersihkan karpet secara kerap dan menggunakan vakum
  4. Pakai penutup hidung semasa mengemas
  5. Minum air suam/ masak/ jarang dengan kadar yg banyak. Amalkan juga meminum sup panas.
Selain itu, Shaklee juga menyediakan set Vitamin untuk Set Resdung iaitu Set Bajet dan Set Standard.

 







Fungsi setiap vitamin yang terdapat didalam kedua dua set diatas adalah; 

ALFALFA COMPLEX
  1. mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri.
  2. Kaya dengan sumber klorofil membantu mengurangkan keradangan terutama daripada sakit ekzema, resdung alergi dan gegata. 
B-COMPLEX
  1. Penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
  2. Membantu pembinaan protein dalam badan
  3. Membanti hati menghasilkan glikogen yang diperlukan kulit untuk menyingkirkan sel sel kulit mati
  4. Memelihara sistem badan dan sebagai anti-stress.
VITA C PLUS
  1. Bertindak sebagai anti-histamin 
  2. Mencegah penyempitan tiup bronkiol
  3. Meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan & sel darah putih
  4. Menigkatkan pertumbuhan tisu
Set Jimat (Below RM90) dan Set Standard (Below RM100) mempunyai harga yang berbeza. Boleh hubungi saya pada bila-bila masa untuk mendapatkan segala pertanyaan dan konsultansi.






Friday 16 January 2015

Alfalfa : Set Kulit Cantik

Selalunya wanita pergi spa, pergi buat body treatment nak rasa perbezaan sebelum dan selepas kan betul x? Tapi minggu lepas pergi spa sebelah Khulafa 7 ni, macam x rasa apa-apa perbezaan yang ketara pun. Rasa macam membazir duit saje untuk RM250 untuk sekali sesi.

At the first place memang rasa badan ni macam lesu sebab baru habis semester, balik bercuti kat kampung seminggu, so badan rasa macam x sedap. So acah-acah la nak pergi spa katanya. Feeling-feeling sekali sekala x pe kan. Jadinya buat body treatment buat lulur scrub n urut semua from top to toe. Lepas dah habis sesi selama 2 jam tu rasa macam xde apa pun. Sebelum selepas sama saja.

Adakah kerana pengambilan vitamin ohsem yang konsisten maka kulit ku dah sedia lembap x kusam dan xde kulit mati? Inilah teori sedap hati sendiri. Tapi betul, sebelum ambik supplement kulit adalah sangat kering kontang, lulut hitam dan rasa tak semenggah. Tapi bila dah bershaklee ni dan minum banyak air masak (sebab ambik supplement perlukan air masak yang banyak setip hari) rasa macam kulit dah cerah, halus, lembap nak kuar tanpa bedak pun rasa confident. Ini betul-betul serius okay.

Untuk sesiapa yang berminat nak beli set kulit cantik can contact me without hesitating. Haha So tak perlu la nak berhabis RM 300 sekali sesi sahaja walhal anda boleh mendapatkan set kulit cantik dengan harga bawah RM150 dan ini adalah untuk kegunaan selama 3-4 bulan. Bukan sekali sesi. Diulangi bukan untuk sekali sesi. So siapa nak jimat dan cantik secara bijak, jom jangan segan-segankan diri anda.

Set ini terdiri daripada 1 botol Alfalfa + 1 botol Vitamin C  Plus. Boleh browse or google apa faedah dua jenis barang ni.



Jom kita bercantik dengan harga lebih murah dan berbaloi bawah RM150. Jom kita mulakan kecantikan kulit dari dalam badan. mungkin ini lebih jimat dan lembut pada poket anda semua. Kan? 

For other info & enquiries please Whatsapp me maybe?